Live Tutorial eKelas Minggu Ketiga Bulan September

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

28 September 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu keempat bulan September hanya diadakan pada hari Jumaat sahaja bagi mengulangkaji topik dalam subjek Bahasa Inggeris.

Pada hari Sabtunya pula, bagi subjek Matematik dan Sains, tiada kelas Live Tutorial diadakan tetapi pelajar diberikan ujian penilaian dimana mereka dikehendaki menjawab soalan secara online di dalam portal ekelas.com.my

Kehadiran agak kurang pada minggu ini iaitu seramai 26 orang sahaja memandangkan tiada kelas untuk Tahun 6 dan Tingkatan 3. Tahun 6 diberi perlepasan memandangkan mereka sudah tamat peperiksaan UPSR, manakala Tingkatan 3 pula diberi perlepasan memandangkan sekolah mengadakan persiapan terakhir untuk pelajar yang akan menghadapi PT3 dalam masa 2 hari sahaja lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali